HIDAYAH TAQWA RESOURCES 0195025824

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

SAVE PALESTINE

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

BERITA SEMASA

DAKU ADALAH DAI'E

Daku Adalah Daei (Pendakwah), Merupakan Golongan Yang Berusaha Memartabatkan Kalimah Tauhid Iaitu Ajaran Islam Ke Seluruh Umat Manusia. Akulah Penyambung Tugas-Tugas Yang Ditinggalkan Oleh Rasulullah Dan Para Sahabat. Justeru Itu, Sebagai Pendakwah Aku Perlu Mengambil Berat Tentang Perkara-Perkara Yang Menjadi Asas Dalam Memastikan Keberkesanan Usaha Dakwah Yang Aku Laksanakan. "UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH APAKAH KITA AKAN SABAR ATAUPUN SEBALIKNYA"......alnassif@gmail.com

MARI BERSAMA MEWARISI TUGAS RASULULLAH

MARI BERSAMA MEWARISI TUGAS RASULULLAH
”Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Sunday, November 7, 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada 28 OKT 2010 sempena Majlis Pelancaran Program Masjid Hentian Bebas Dadah ( MAHABBAH) di MAsjid Al-Muttaqin Bandar Darul Aman Jitra

Saturday, October 23, 2010

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH
semoga Allah SWT mencucuri limpahan rahmat kepada Ayahanda SAIADIN BIN OTHMAN yang telah kembali ke Rahamatullah pada 19 oktober 2010 jam 8.40 malam

Tuesday, August 24, 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

Forum Perdana Hal Ehwal islam bertajuk "Bulan Ramadhan Mari menuju Izzah".. telah dianjurkan oleh jabatan Penjara Sungai Petani dan YADIM bertempat di dataran penjara SP.. membariskan panelis terdiri dari Ustaz Syukri b. Wahab IPK Alor Star.. dan ustaz Lutfi Amir b. Saiadin AADK Negeri Kedah.. dipengerusikan oleh ustaz Zulkifli b. Ammad

Sunday, June 13, 2010

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

9 JUN 2010 Forum Perdana Hal Ehwal islam bertajuk Cerdas Minda Subur Jiwa.. telah dianjurkan oleh Pusat Komuniti Taman Sena bertempat di Padang awam Labu Besar.. membariskan panelis terdiri dari Ustaz Syukri b. Wahab IPK Alor Star.. Dr. Abdullah b. Muda dan ustaz Lutfi Amir b. Saiadin AADK Negeri Kedah.. dipengerusikan oleh ustaz Mohd. Khairi b. Ishak

Tuesday, June 8, 2010

WACANA MOTIVASI REMAJA - YADIM

8 JUN 2010 Wacana motivasi remaja anjuran YADIM Zon Utara dengan kerjasama (BAKA) Bahagian Agama Dan kauseling PDRM telah dijalankan di Damai Park Resort Merbok Kedah.. Program mensasarkan anak-anak kakitangan PDRM yang sedang bercuti sekolah..

Sunday, May 23, 2010

Program Jalinan Kasih AADK Kota Star

23 MEI 10 -Program jalinan kasih telah dianjurkan oleh AADK daerah Kota Star dengan kerjasama Pejabat kesihatan daerah Kota Setar bertempat di dewan INSPIN,, program tersebut mensasarkan 100 orang perserta terdiri dari kes dan keluarga disi dengan pengisian slot ceramah motivasi agama, ceramah HIV Aids dan sesi dialog..

Sunday, May 2, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah IPTS


Alor Star- 30.4.2010 bertempat di Masjid Al-Bukhary Alor Star telah dijalankan kursus pengurusan jenazah kapada pelajar2 IPTS sekitar Alor Star melibatkan Kolej Pertanian, Kolej Polytech mara dan lain-lain lagi...seramai 56 orang peserta telah didedahkan dengan tatacara pengurusan jenazah secara teori dan praktikal

Tuesday, April 13, 2010

MESYUARAT CAWANGAN AGAMA AADK ZON UTARA..

KULIM- 8 APRIL 2010.. bertempat di PUSPEN karangan Kulim Kedah telah diadakan mesyuarat ketua-ketua unit agama zon utara melibatkan kader post JAKIM yang di tempatkan di negeri Pelis , Kedah, P. Pinang dan Perak.. Mesyuarat dipengerusikan oleh Al-fadhil Ustaz Ruslan b. Said.. KPP cawangan Agama HQ..

Thursday, April 1, 2010

KURSUS PENGUKUHAN INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM KDRM

LANGKAWI - 29-31 MAC 2010 Akedemi Kastam Diraja Malaysia Langkawi AKMAL dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan kursus tersebut yang melibatkan penyertaan pegawai2 kanan KDRM gred W41 hingga W52 dari seluruh Malaysia.. komitmen yang ditunjukkan oleh peserta2 kursus amatlah membanggakan dan boleh diteruskan pada siri akan datang...

Sunday, March 28, 2010

PROGRAM CITRA IBADAH IKBN JITRA

KUALA NERANG - 25 hingga 27 MAC 2010.. bertempat di kem P.J Sentosa Tualak..IKBN Jitra telah menganjurkan Program Citra Ibadah untuk 100 orang pelatih institusi tersebut..program yang belangsung selama 3 hari 2 malam itu sangat memberi manafaat kepada peserta2 program tersebut...

Wednesday, March 24, 2010

RAKAMAN RANCANGAN KOMPAS MINDA MUTIARA F.M. PULAU PINANG..

24 MAC 2010 - Bertempat di Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang, telah dijalankan satu program ceramah motivasi bertajuk "Mahu Cari Apa". Program dijayakan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM dan Mutiara F.M Pulau Pinang yang turut merakamkan ceramah untuk siaran rancangan "Merentas Kampus" (Kompas Minda). Program yang mensasarkan pelajar polteknik itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Politeknik Sebarang Perai En Mohd. Rani b. Ali Hanafiah dan Timbalan Pengarah Mutiara F.M Cik See Swe Hwa....

Sunday, March 21, 2010

ASRAMA AKHLAK (P) JITRA

JITRA -Asrama akhlak perempuan jitra, taman sinar harapan tidak ketinggalan turut sama-sama memeriahkan sambutan Maulidul Rasul S.A.W pada tahun ini. Program yang mensasarkan pelatih Asrama tersebut turut dihadiri oleh Ketua Warden Asrama dan kakitangan Jabatan kebajikan Masyarakat yang lain....

Thursday, March 11, 2010

MAULIDUL RASUL S.K SERI WANGSA BKT SELAMBAU..

11 MAC 2010 - S.K Seri Wangsa Bukit Selambau telah menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah yang melibatkan semua pelajar, guru2 dan kakitangan..

BICARA ROHANI AADK KEDAH

11 MAC 2010 - Bertempat di bilik mesyuarat AADK Negeri Kedah telah diadakan satu program bicara rohani sempena dengan Maulidul Rasul dan melibatkan semua lapisan kakitangan...

Tuesday, March 9, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SEK. KEB. KG. BARU..

9 MAC 2010 PENDANG-Sek Keb. Kg. Baru, telah mengadakan satu majlis sambutan maulidul rasul, program yang mensasarkan 520 orang murid sekolah itu turut melibatkan guru-guru dan kakitangan. Semoga sambutan tahun ini mencapai tema Sambutan Maulidul Rasul iaitu Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah

Sunday, March 7, 2010

KUNJUNGAN SILATURAHIM DARI BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) PDRM

7 MAC 2010 - 11.00 pagi satu kunjungan silaturrahim oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia ke pejabat AADK Negeri Kedah.. kunjungan disertai oleh ustaz Asyraf dari IPD Kuala Muda dan ustaz Mohd. Ashabul Firdaus dari IPD Padang Terap...kunjungan yang belangsung selama 30 minit itu, antara lain dapat membincangkan kerjasama antara jabatan terutamanya dalam melaksanakan program Hal Ehwal Islam

Tuesday, February 23, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL IPD KUALA MUDA

23 FEB 2010 - Bertempat di IPD Kuala Muda telah diadakan satu majlis sambutan maulidul rasul, program yang melibatkan kakitangan Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Muda itu turut dihadiri oleh Timbalan OCPD dan ketua-ketua balai serta melibatkan isteri-isteri kakitangan. Semoga mencapai tema Sambutan Maulidul Rasul Tahun ini iaitu Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah

Friday, February 5, 2010

PUSAT PENDIDIKAN KOMUNITI AL-BUKHARY SIRI 1/10

4 FEB 2010 -9.00 mlm Program anjuran Yayasan Al-Bukhary yang mensasarkan 65 orang pelatih Pusat Saudara Baru PUSBA (Muallaf) telah diadakan di dewan syarahan utama Komplek Islam Masjid Al-Bukhary Alor Star. Di dalam program ini para peserta yang rata-ratanya datang dari seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah didedahkan dengan teori dan praktikal ibadah menerusi modul lengkap fardhu Ain...

Thursday, February 4, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN


4 FEB 2010 -Bertempat di bilik mesyuarat AADK Negeri Kedah telah diadakan satu majlis bacaan yasin, penglibatan sebahagian besar kakitangan dalam majlis tersebut amatlah membanggakan demi menjalin hubungan silaturahim yang lebih akrab sesama kakitangan....

Saturday, January 30, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


30 JAN 2010 -9.00 pagi Sek Keb Kg. Jawa Kota Sarang Semut Alor Star, telah menganjurkan satu kursus kepimpinan kepada pengawas-pengawas sekolah sesi 2010. Program ini diisi dengan slot ceramah bertajuk "PERANAN PENGAWAS SEBAGAI PIMPINAN PELAJAR" yang telah disampaikan oleh Ustaz Lutfi Amir Saiadin, Penolong Pegawai Agama AADK Negeri Kedah,ceramah yang dijalankan di makmal ICT sekolah tersebut berkisar tentang Siapakah Pemimpin,Kenapa Anda Dipilih Sebagai Pemimpin, Apa Itu Pemimpin, Ciri-Ciri Seorang Pemimpin, Apakah Peranan Sebagai Pemimpin Masa Depan?

Sunday, January 24, 2010

KURSUS PENGHAYATAN ISLAM (PULAPEN)

19 JAN 2010 - Pusat Latihan Penjara Pokok Sena (PULAPEN) telah berbesar hati menjemput Pen. Peg. Agama AADK Kedah untuk mengisi dua slot ceramah bertajuk Kerja Berkualiti Acuannya Menurut Islam dan Jatidiri Insan Cemerlang... seramai 59 orang pelatih kursus dari seluruh Jabatan Penjara Malaysia telah menyertai program tersebut...

BENGKEL MODEL MATRIK


15-17 DIS 09 - bertempat di Kem PLKN Baling telah dianjurkan satu program untuk kakitangan AADK Negeri Kedah, seramai 40 orang kakitangan terdiri dari Pembantu Antidadah seluruh daerah terpilih untuk menyertai proram tersebut, Puan Pengarah AADK Negeri Kedah Hajjah Atikah Bt. Ab. Ghani telah sudi melapangkan masa dalam sesi dialog dan penutupan program...

BENGKEL SOLAT BERKUALITI

21 OKT 2009 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang telah dijalankan satu program pemulihan anjuran AADK daerah Yan, Program selama 2 hari 1 malam itu telah dihidangkan dengan slot percambahan minda dan Bengkel Solat berkualiti, kes-kes pengawasan di daerah Yan telah mendapat manafaat dengan penganjuran program tersebut tentang bagaimana melaksanakan solat dengan betul...

Saturday, January 23, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL LAPORAN SINAR HARIAN


KUALA NERANG – Kedah menjadi negeri kedua tertinggi dalam kes penagihan dadah di
negara ini dari Januari hingga Disember tahun lalu, berbanding negeri-negeri lain.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Puan Atikah Abd
Ghani berkata, daripada jumlah keseluruhan bagi tahun lalu, iaitu 12,352 kes di seluruh negara, Kedah mencatatkan bilangan kes 1,749 dengan 14 peratus.
Menurutnya,AADK juga mengharapkan kerjasama orang ramai, termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut membantu melaporkan dan menghasilkan rumah-rumah, pejabat dan keluarga yang bebas dari dadah itu. “Melalui sokongan dan kerjasama ini, ia dapat menjamin kestabilan masyarakat dan negara, selaras dengan kempen kerajaan iaitu ‘Dadah adalah Musuh Negara’,” katanya. sebelum majlis perasmian dilangsungkan, AADK juga menganjurkan majlis bacaan Yasin oleh bekas penagih di bawah kes pengawasan dan ahli RADA (Rakan Anti Dadah), serta ceramah Maulidur Rasul daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam AADK Negeri Kedah, Ustaz Lufti Amir Saidin. Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Padang Terap, Ahmad Roshidi Osman berkata, RADA ditubuhkan di setiap daerah di negeri ini, mensasarkan golongan belia bagi membantu AADK dalam usaha memerangi gejala penagihan dadah di negeri ini yang kian serius.

My Visitor